Buku Tajwid Al Musawwar Cetakan Ketiga
Buku Tajwid Interaktif Pertama dalam dua bahasa! Melayu - Arab
Panduan Ilmu Tajwid lengkap dengan bentuk Panel Illustrasi dan Gambar Rajah serta Kod QR
KENAPA ANDA PATUT MILIKI BUKU INI?
1) Ditulis oleh Ulama' tersohor dan diiktiraf dunia
Syeikh Dr. Aiman Suwaid hafizahullah. Beliau merupakan ketua juri bagi pelbagai majlis perujian hafazan al-Quran peringkat antarabangsa 30 juzuk, juga menjadi pakar rujuk tartil / tajwid al-Quran di dunia.
2) Sanad bacaan al Quran yang bersambung dengan Rasulullah SAW
Penulis menyatakan secara terperinci dalam kitab ini guru-guru beliau dan menyatakan sanad bacaan al-Quran beliau yang terus bersambung dengan Rasulullah saw dalam kitab ini.
3) Ilustrasi dan gambar rajah berwarna
Kitab ini mempunyai banyak ilustrasi & gambar rajah berwarna utk menerangkan sesuatu hukum tajwid dengan lebih jelas. Ia lebih memudahkan pembaca & tidak membosankan. Ia juga mesra pembaca dari pelbagai latar belakang dan peringkat usia kerana kandungannya tidak terlalu ringan dan tidak terlalu berat.
4) Interaktif dan Kontemporari
Kitab ini disertakan juga QR Code. Untuk mengetahui cara bacaan yang sebenar, anda hanya perlu scan QR Code dan video bacaan yang sebenar akan dipaparkan.
5) Pertama seumpamanya
Kitab ini buat julung-julung kalinya (cetakan pertama terjemahan BM) diterbitkan di Asia Tenggara (Malaysia jadi perintis), dengan terjemahan berbahasa Melayu (Malaysia) yang standard.
6) Berkualiti tinggi
Kulit kitab, helaiannya, serta kandungannya berkualiti, dwibahasa (B.Melayu & B.Arab), kulit kitab yang keras, helaian kertas licin dan penuh dengan ilustrasi bergambar berwarna-warni, serta jumlah halaman hampir 264 mukasurat. Sesuai dan berpatutan dengan harganya.
7) Bukan sekadar tajwid
Kitab ini tidak hanya membincangkan ilmu tajwid smata-mata, malah diselitkan juga topik berkenaan sejarah perkembangan penulisan mushaf al-Quran & perkara yang berkaitan hafazan al-Quran seperti adab menghafaz al-Quran dan lain-lain sebagai bonus buat para pembaca.
LEBIH ISTIMEWA!
KALI INI DIDATANGKAN DENGAN BUKU KHUSUS BERKENAAN MAKHRAJ DAN SIFAT HURUF!
juga terdapat QR Code yang membantu anda lebih faham dan belajar secara interaktif!
Harga
RM150
(Buku Tajwid Al Musawwar)
RM40
(Buku Makhraj Huruf)
RM40
(Buku Sifat Huruf)
Tidak termasuk caj penghantaran