Didikan Ramadan Buat Hati
RAMADAN, SEBUAH PENANTIAN YANG BENAR MEMBAHAGIAKAN...
Ramadan adalah hadiah terindah dari Sang Pencipta buat hambanya yang dahagakan sebuah keampunan, kecintaan dan ketaqwaan...
Ramadan adalah manifestasi seorang hamba yang berkali-kali terjerumus melakukan dosa, namun tak pernah berputus asa dengan rahmat Tuhannya...
Hadirnya Ramadan saban tahun dinanti-nanti oleh jiwa-jiwa yang dahagakan rahmat dan belas ihsan Sang Pencipta, menuju syurga...
Indahnya andai peluang emas kedatangan Ramadan kali ini langsung tidak disia-siakan walau sedikitpun, sebagai pembuktian seorang hamba yang benar-benar mengharap redha Rabb-Nya...
Kita mulakan hari ini!
Didikan Ramadan yang kita damba, tiadalah makna tanpa persediaan rapi bertemu dengannya...
DIDIKAN RAMADAN BUAT HATI
Daripada Nu’man bin Basyir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ، فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
Maksudnya: “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung).” [Riwayat al-Bukhari (52) dan Muslim (1599)]
Hati adalah tempat paling penting yang perlu dijaga rapi...
Ramadan adalah peluang terbaik untuk memelihara iman, mendidik nafsu, membangun jiwa dan memulihkan hati yang kian rapuh asbab bergantung pada dunia...
Bersama kita melangkah masuk ke gerbang Ramadan dengan hati yang tulus untuk menggarap setiap peluang dan kelebihan yang Dia bentangkan....
Didikan Ramadan Buat Hati
Naskhah kecil ini bakal membawa anda menelusuri denai-denai hati yang seringkali dinodai dek maksiat dan dosa, namun Ramadan menawarkan ubat yang mujarab serta peluang yang terbentang untuk menyucikan setiap jejak yang ternoda...
Tinggal kita sahaja samaada ingin menggarap peluang yang ada, atau biarkan ia berlalu pergi begitu sahaja...
MANFAAT YANG BAKAL ANDA GARAP DALAM NASKHAH INI...
Halaman yang berwarna-warni pasti menjadikan Ramadan anda juga berwarna-warni dengan ilmu dan amal, agar Ramadan kali ini adalah yang terbaik yang bakal kita lalui...
107 halaman berwarna
Harga : RM19 (semenanjung)
RM21 (Sabah/Sarawak)
**tidak termasuk kos pos
Ramadhan adalah kesempatan terindah untuk mengutip semula serpihan hati yang hancur berderai dek dosa dan kealpaan insan...disulam dengan tenunan taqwa dan iman, agar kembali mekar saat pulang bertemu Ar Rahman..
"Wahai jiwa, masuklah ke gerbang Ramadan dengan penuh pengharapan kepada Yang Maha Esa, semoga Ramadan kali ini benar-benar menjadikan kita hamba yang lebih bersedia untuk kembali kepada Nya.."
.
.
Buku lain yang boleh didapati bersama dalam menggarap keindahan Ramadhan...
BAHAGIANYA RAMADANKU
Rm15 shj