Ku Cium Haruman Syurga

PERNAH MENJADI FENOMENA....


APA SEBENARNYA ISI KANDUNGAN BUKU KUCIUM HARUMAN SYURGA NI?
Buku 162 mukasurat ini menceritakan tentang kehidupan seorang wanita solehah masa kini, yang bertemu Tuhannya dalam keadaan insan sekeliling menangisi pemergiannya. Kehadirannya sangat disenangi orang sekeliling. Mujahadahnya dalam hidup menjadikan Allah satu-satunya tujuan utama hidup menjadikan segala tindak tanduknya menjadi inspirasi buat kita semua, wanita akhir zaman untuk berjuang dalam kehidupan seharian...
“Kisah inspirasi wanita solehah yang bertemu penciptanya dengan pengakhiran yang cukup indah...
Akhlak dan peribadinya seindah bidadari syurga yang bukannya hidup di alam fantasi, tetapi realiti ummat zaman ini yang boleh dijadikan tauladan buat para wanita akhir zaman”

MENGAPA SEMUA WANITA PERLU MILIKI BUKU KUCIUM HARUMAN SYURGA?

1. Kerana kita wanita yg sangat perlukan role-model di dalam hidup. Siapa yang boleh kita contohi untuk jadi lebih baik InsyaAllah. Almarhumah Nurhamizah wanita yg hidup pada zaman kita! Ya, zaman ini..dan sewaktu hidupnya, beliau bermujahadah melaksanakan tugas sebagai isteri, ibu, pelajar .. bila kita baca buku ni, adakala sampai terluah di hati "Penatnya dia.." Pada masa yang sama kita akan termotivasi, "InsyaAllah aku pun boleh!"

2. KCHS mengajar kita bagaimana sebenarnya perjuangan untuk jadi hamba yang kembali kepada Allah. Dalam sisi kehidupan ini, apa sebenarnya hala tuju kita nak pergi?

3. Menghayati kata2 ipar duai Almarhumah..Allahu Akbar. Dia wanita yang berusaha menggembirakan setiap insan. Di dalam muka surat 61 buku ni, adik iparnya berkongsi...bagaimana almarhumah teguh jiwanya bertawakkal dalam diuji pelbagai ujian.

Banyak lagi..hanya yang sudah baca akan merasai sendiri kenikmatan saat membacanya..



