Kelas Mengaji Online 2022

Bulan Ramadan hampir tiba...
Seiring dengan tahun baru yang menjelma, pastinya kita semua menggenggam azam yang jitu untuk mencantikkan lagi bacaan al Quran kita...
Mari kami bantu anda...
1) Kelas Tahsin Al Quran Eksklusif (Am)
Dalam kelas ni, ustaz akan baca dulu dan pelajar akan ikut beramai-ramai. Dan jika ada yang nak baca secara sukarela selepas itu, memang dialu-alukan. Namun, pastinya tiada paksaan. Kelas ni memang sesuai untuk mereka yang dah kenal huruf, boleh baca huruf bersambung namun bacaan masih belum lancar atau tersekat-sekat..
Jangan risau, ustaz memang tak garang lah!
2) Kelas Tahsin Al Quran Eksklusif (Group Coaching)
Satu kumpulan hanya 10 orang. Setiap pelajar akan baca secara bergilir dalam 10 ke 13 minit, dan akan disemak oleh ustaz. Mana yang salah ustaz akan tegur dan baiki.
Dan.. bila giliran pelajar baca, pelajar lain disarankan untuk dengar dan semak bersama. Andai ada yang ustaz tegur dan perbaiki, pastinya itu ilmu buat rakan sekumpulan, agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Bahkan pastinya ilmu baru yang mungkin kita juga tak perasan cara bacaan itu.
Ini barisan guru-guru kami...
1) Ustaz Mohd Asshik Bin Dato' Hj Abu Hanipah
Biasa dengar suara je kan, haa inilah gerangannya insan yang membimbing pengajian asas al Quran bermula tahun lepas, sehingga kelas tahsin al Quran secara PERCUMA di FB Page Kelas Mengaji Online..
Pasti ramai dah kenal ustaz ni. Ustaz Mohd Asshik lah yang mengasaskan Kelas Mengaji Online ni. Jangan tak tahu, Ustaz Mohd Asshik pernah menuntut selama 5 tahun di Universiti Islam Madinah sebelum melanjutkan pengajian Master beliau di UIAM. Ustaz juga bertalaqqi al Quran di Masjid Nabawi, Madinah al Munawwara. MasyaAllah, patutlah ustaz selalu tekankan sebutan arab dalam pembacaan al Quran, selain hukum tajwid yang memang patut kita praktikkan dalam pembacaan seharian..
Ustaz Asshik akan membimbing Kelas Tahsin Al Quran Eksklusif (Am)
Setiap hari isnin dan selasa, jam 9.15 malam - 10.15 malam
Yuran bulanan kelas ni RM100 sahaja
2) Ustaz Abdullah Fahmi Bin Che Nor
Ustaz Abdullah Fahmi akan membimbing Kelas Tahsin Al Quran Eksklusif (Group Coaching)
1) Setiap hari isnin jam 9-11 pagi
2) Setiap hari selasa jam 9-11 pagi
3) Setiap hari rabu jam 9-11 pagi
Yuran bulanan kelas ni RM130 sahaja
3) Ustaz Mohd Udzair Bin Mohamad Zaid
Ustaz Udzair akan membimbing Kelas Tahsin Al Quran Eksklusif (Am)
Setiap hari ahad jam 2.30petang hingga 4.30petang
Yuran bulanan kelas ni RM100 sahaja
DAN
Kelas Tahsin Al Quran Eksklusif (Group Coaching)
Setiap hari rabu jam 9-11pagi
Yuran bulanan kelas ni RM130 sahaja
4) Ustaz Mohd Dininazmi Bin Sabri
Beliau merupakan Pensyarah Pengajian Islam dan Juga Penolong pendaftar Pengajian Umum di Bawah Pusat Islam Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur yang telah berkhidmat selama 10 tahun. Beliau menggenggam Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fiqh dan Fatwa (USIM), kemudian menyambung peringkat Sarjana di UiTM dalam bidang MBA (Perbankan & Kewangan Islam) UiTM Shah Alam dan kini sedang mengikuti pengajian diperingkat Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Islam (UM).
Ustaz Dininazmi akan membimbing Kelas Tahsin Al Quran Eksklusif (Group Coaching)
Setiap hari sabtu jam 11pagi hingga 1 tengahari
Yuran bulanan kelas ni RM130 sahaja
ISTIMEWA!!!
Daftar terus untuk 3 bulan dan anda bakal mendapat PERCUMA untuk Yuran Pendaftaran (bernilai RM50)
DAFTAR SEKARANG