BENGKEL TAHSIN DAN HAFAZAN AL-QURAN

Atas dasar itu, kami bawakan dua pengisian istimewa
bersama tokoh-tokoh yang bukan calang-calang.
Syeikh Hisyam Abdul Bari Rajeh
Antara pemegang sanad Qiraat tertinggi di dunia dan pakar rujuk al-Quran.
Pengalaman dan ketelitian beliau dalam menjaga bacaan al-Quran menjadikan setiap pembetulan begitu bernilai dan mendalam.
Syeikh Zahid Ahmad Bashir
Salah seorang penggubal modul Kaedah Madaniyyah dan berpengalaman luas melahirkan para penghafaz al-Quran di pengajian al-Quran Masjid Nabawi.
Bimbingannya tersusun, praktikal dan terbukti berkesan.
Bengkel Tahsin al-Quran (Online)
Memperbetulkan makhraj dan sifat huruf agar bacaan lebih tepat dan indah.

Bengkel Hafazan al-Quran (Online)
Menyusun teknik hafazan agar lebih kukuh dan berpanjangan.

Ini bukan sekadar bengkel.
Ini peluang duduk bersama guru-guru yang menjaga sanad dan disiplin al-Quran.
Moga setiap huruf yang kita perelokkan di bulan al-Quran ini
menjadi cahaya di hari akhirat kelak
*Anda boleh pilih untuk sertai kedua - kedua bengkel ini atau memilih salah satu daripadanya.